Posted by : admin Thursday, June 6, 2013


Gambar perkahwinan Amar Asyraf dan Arna Salleh - Tahniah kepada pasangan Amar Asyraf dan Arna Salleh yang kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang belangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak sekitar pagi tadi. Berita pernikahan ini disahkan sendiri oleh Amar Asyraf menerusi akaun Twitternya.



Dalam majlis itu, Amar Asyraf menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000 kepada pihak perempuan selain membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Mengulas tentang ketiadaan pihak media di majlis berkenaan, Amar Asyraf memberitahu tidak mengundang rakan media kerana atas alasan privasi. Bagaimanapun menurut Amar, beliau tetap akan mengundang rakan media untuk majlis bersanding di Melaka pada 17 Ogos nanti.









Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -