Posted by : admin Friday, June 7, 2013


Gambar sekitar perkahwinan Beego dan Linda Hashim - Tahniah kepada pasangan selebriti tempatan Beego dan Linda Hashim yang sah bergelar suami isteri sekitar 9.26 malam Jumaat dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid. Beego dan Linda telah diijabkabulkan oleh imam, Ustaz Mohd Nizam Bin Wahab, Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM35, 000.


Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa sepasang kasut jenama Quince, sebentuk cincin, seutas jam tangan jenama Titus, sepasang jubah, set minyak Burberry dan beg tangan jenama Furla dan sireh junjung. Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran iaitu sepasang pakaian berjenama Polo, sepasang kasut but Bershka, set perfume Issey Miyake, sepasang cermin mata Cartier, sedulang coklat, sedulang buah-buahan, sireh junjung, cincin jenama Emporio Armani, dan seutas jam Dolce & Gabbana, dipetik dari laman blog ohbulan.



















Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -