Posted by : admin Friday, June 28, 2013


Keputusan terkini Kelantan vs Johor Darul Takzim - Pertembungan akhir bagi saingan Piala FA 2013 antara Kelantan dan Johor Darul Takzim sudah pastinya amat mengujakan malam ini kerana kedua-dua pasukan terkenal dengan kumpulan penyokong yang fanatik dan ganas.

Berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam, Johor Darul Takzim yang tidak pernah meraih sebarang kejuaran sebelum ini akan bermain bermati-matian sepanjang 90 minit permainan. Kelantan pula yang memenangi tiga kejuaraan tahun lepas tetap dahagakan kemenangan kerana perlawanan malam ini menentukan nasib ketua jurulatih mereka, Bojan Hodak.

Berikut ialah keputusan terkini perlawanan akhir Piala FA 2013 antara Kelantan menentang Johor Darul Takzim. Keputusan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah. Juga, korang jangan lupakan saksikan siaran langsung pertembungan dua gergasi bolasepak tempatan di laman sesawang Kelantan vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 2013.

Kelantan (1) - (0) Johor Darul Takzim (FT)

Senarai penjaring gol :
  1. Farhan 15' (KEL)
Juara Piala FA Malaysia 2013 : Kelantan



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -