Posted by : admin Wednesday, June 12, 2013


Majlis resepsi Beego dan Linda dari Ryaniez Moments - Seperti biasa Ryaniez Moments Photography turut berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Beego dan Linda yang berlangsung di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang pada 8 Jun lalu. Kedua-dua pasangan pengantin kelihatan tersenyum sapanjang majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh ramai selebriti terkenal tempatan termasuk Que Haidar.


Dalam majlis resepsi berkenaan, Beego yang kelihatan begitu kacak mengenakan sut ungu gelap dengan perincian di bahagian bahu manakala Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim, 29, yang telah menerima wang hantaran berjumlah RM35,000, mengenakan gaun labuh dan skaf ungu muda. Tahniah kepada pasangan ini, semoga hubungan sah mereka sebagai suami isteri akan berkekalan hingga ke akhir hayat atau setia hujung nyawa. Jom layan beberapa keping gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Beego dan Linda yang dikongsikan oleh Ryaniez Moments Photography.


































Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -