Posted by : admin Tuesday, June 11, 2013


SRI AMAN - Seorang bayi antara lima yang maut setelah sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki tujuh sekeluarga bertembung dengan sebuah lori simen di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei berhampiran San Raba di sini semalam.

Keadaan mangsa di dalam kereta Kancil yang bertembung dengan lori simen 

Bayi berusia setahun yang terkorban dalam kemalangan pada pukul 9.05 pagi itu ialah Noraini Bagio, anak kepada Salbiah Minggat, 19, yang cedera parah dalam kemalangan tersebut.
Empat lagi mangsa lain yang maut ialah pemandu kereta, Rachael Anak Nyaring, 22; isterinya, Santi Minggat, 19; Jamilah Minggat, 24, dan Jamaah Ali, 42.

Santi dan Salbiah merupakan adik-beradik kembar. Jamilah merupakan kakak kepada adik-beradik kembar itu. Kelima-lima mangsa malang itu mati di tempat

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -