Posted by : admin Thursday, June 6, 2013


Raja Azmi pilih gitaris rock 90-an sebagai calon suami - Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan dia bakal berkahwin dengan seorang gitaris sebuah kumpulan rock terkenal pada era 1990-an setelah enam bulan berkenalan, mengikut laporan kosmo semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai gitaris rock itu dan berjanji akan mengadakan sidang akhbar untuk memperkenalkan bakal suaminya itu sekaligus mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

"Hubungan kami sudah mencecah enam bulan. Saya akan buat sidang akhbar untuk umumkan tarikh kahwin kami," katanya ketika ditemui kosmo pada sidang akhbar di Taman Melawati semalam.

Mengulas lanjut mengenai identiti gitaris kumpulan rock tersebut, penerbit filem Anu... Dalam Botol itu memberitahu, kekasihnya itu merupakan seorang duda dan sebaya dengan umurnya.

p/s : Tahniah kepada Raja Azmi kerana akhirnya berfikiran waras dengan memilih calon suami yang lebih masuk akal dan tidak terlalu muda berbanding usianya. Sebelum ini, beliau pernah dikaitkan bercinta dengan seorang pemuda berumur 27 tahun namun hubungan itu gagal. Apapun, cinta itu monyet diusia 20-an.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -