Posted by : admin Sunday, June 30, 2013


Rumah Khairy Jamaluddin dirompak tiga pencuri - Rumah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang terletak di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara telah dipecah masuk tiga pencuri pada petang Sabtu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata dalam insiden yang berlaku pada jam 5.30 petang Sabtu, suspek memasuki rumah Khairy dengan memanjat tembok pagar dan kemudiannya masuk mengikut pintu hadapan yang tidak berkunci.

"Trio berkenaan menaiki kereta Proton Waja. Menteri dan isterinya tiada di rumah dan hanya tinggal pembantu rumah beliau ketika kejadian berlaku. Pembantu rumah berkenaan sangat takut untuk berbuat apa-apa. Dia hanya mampu melarikan diri dan bersembunyi dalam bilik utama."

Menurut Datuk Ku, jumlah kerugian yang dialami oleh Khairy Jamaluddin masih belum diketahui dan sedang dalam siasatan.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut mengesahkan insiden berkenaan pada laman sosial Facebook miliknya pada Ahad, serta merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakanya kerana prihatian dengan kejadian tersebut.

"Syukur tiada siapa yang cedera, saya menyerahkan isu ini kepada pihak polis. Insiden ini satu peringatan kepada semua bahawa jenayah merupakan satu masalah yang seirus di negara kita. Ia merupakan isu yang benar dan bukannya persepsi semata-mata." - dipetik dari mstar


P/s : Jika dulu Khairy begitu menyangkal dakwaan jenayah di Malaysia tidak seteruk mana dan semakin menurun menurut statistik tahunan, namun kejadian rompakan di rumahnya semalam mengubah persepsi beliau serta-merta. 

Admin yakin, jika rompakan itu turut berlaku di rumah Perdana Menteri maka pandangan beliau terhadap jenayah di Malaysia pasti akan berubah. Tentunya, DS Najib akan menyedari bahawa tahap jenayah di Malaysia memang semakin teruk dari tahun ke tahun, bukannya menurun seperti yang terkandung dalam laporan statistik tahunan.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -