Posted by : admin Monday, June 10, 2013


�Saya amat tertekan, malah pernah terfikir akan menjadi bangkai bernyawa. Bagaimanapun, saya cuba menjalani kehidupan seperti biasa kerana setakat ini doktor mengesahkan saya bebas daripada jangkitan HIV,� kata bekas suami kepada seorang penghidap HIV.


Hanya mahu dikenali sebagai Iskandar, 43, dia tidak menyangka wanita dikahwininya pada 2004 itu penghidap HIV selepas menemui surat kematian bekas suami kepada isterinya yang meninggal dunia kerana penyakit maut itu dan surat pengesahan doktor yang menyatakan bekas isterinya turut menghidap HIV.

Katanya, dia mengahwini wanita berusia 35 tahun itu tanpa menjalani ujian saringan HIV kerana tidak diwajibkan di Kelantan ketika itu.

�Sepanjang berkahwin, bekas isteri menyembunyikan bahawa bekas suaminya meninggal dunia akibat HIV. Saya juga tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah pada 2010 saya terjumpa surat kematian bekas suaminya yang meninggal dunia kerana HIV.

�Bukan setakat itu saja, saya turut menemui surat pengesahan doktor bahawa bekas isteri menghidap HIV. Ketika itu memang saya marah kerana berasa ditipu, tetapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur,� katanya ketika ditemui di sini, semalam.-metro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -