Posted by : admin Tuesday, July 16, 2013


Ashraf Muslim sah berkahwin dengan Wan Sakinah - Akhirnya pelakon Ashraf Muslim mengaku sudah berkahwin dengan Wan Sakinah pada 7 Julai lalu di Selatan, Thailand. Pengakuan itu dibuat oleh Ashraf selepas hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Jika sebelum ini, Ashraf Muslim banyak dikaitkan dengan Sherry Ibrahim sebagai punca penceraian dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, namun pengakuan di Mahkamah pagi Rabu menjelaskan segalanya.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah telah meminta pelakon Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonannya bagi mendapatkan kebenaran berpoligami. Bagaimanapun, Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertamanya.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -