Posted by : admin Wednesday, July 10, 2013


Jawapan Anzalna isu gambar kurang senonoh di Instagram - Selepas dikritik hebat kerana memuatnaik sekeping gambar kurang senonoh dan menjolok mata di laman Instagram dua hari lepas, pelakon Anzalna tampil membuat penjelasan panjang lebar berkenaan gambar itu.

Menurut Anzalna  gambar tersebut hanya gambar biasa dan tidak dimuatnaik di Instagram semata-mata untuk tujuan berlagak namun disebabkan ianya diambil sewaktu angin bertiup kencang maka sebahagian aset sensitif mereka berdua terdedah secara tidak sengaja.

“Sebenarnya, ketika gambar itu diambil, kami sedang menjalankan penggambaran drama bersiri Tentang Hati di Port Dickson. Sewaktu gambar ini diambil, angin bertiup kencang. Saya ingin menjelaskan yang saya langsung tidak berniat mahu mengundang kontroversi melalui gambar tersebut.” 

“Saya langsung tidak menjangkakan gambar yang dimuatnaik oleh Fasha itu bakal mengundang komen-komen kurang sopan daripada segelintir peminat, terutamanya peminat lelaki. Saya rasa gambar itu tiada apa-apa isu pun, gambar itu cuma gambar biasa saya dan Fasha.” 

“Sejujurnya, saya merasakan isu sebegini tidak perlu timbul. Nampaknya, semua perkara menjadi pertikaian sesetengah peminat. Selepas ini, saya perlu mengambil langkah berhati-hati. Saya akan periksa dahulu gambar saya atau atau individu lain yang bergambar dengan saya agar perkara ini tidak berulang lagi.” 


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -