Posted by : admin Monday, July 8, 2013


Kahwin Hairul Azreen, Hanis Zalikha tidak tolak jodoh - Baru setahun jagung bertapak dalam industri hiburan tempatan, blogger terkenal, Hanis Zalikha sudah banyak kali dilanda kontroversi yang bukan-bukan dan seperti sengaja menjatuhkan imejnya sebagai selebriti. Antara gosip liar yang paling panas pernah dikaitkan dengan pelakon ini ialah kenyataan seorang individu yang mendakwa Hanis sebagai berlagak diva, sombong dan kurang ajar.

Sebenarnya, admin sendiri pun terkejut dengan gosip liar yang tidak masuk akal ini kerana ramai rakan blogger lain memang mengetahui karakter Hanis sebagai seorang yang baik dan meredah diri. Ianya tidak sama seperti yang didakwa oleh individu berkenaan.

Terkini, nama Hanis kembali menjadi bahan cerita peminat apabila beliau dikatakan sedang hangat bercinta dengan juara Fear Factor Selebriti Malaysia, Hairul Azreen. Walaupun, kedua-duanya sama cantik dan sama padan namun itu tidak bermakna mereka bercinta. Menerusi portal hiburan, Hanis tampil membuat penjelasan secara panjang lebar berkenaan gosip terbaru ini.

"Saya tidak bercinta dengan siapa-siapa termasuk Hairul. Bagi saya kalau ada boyfriend, matlamat saya hanya untuk berkahwin. Buat masa ini, saya taknak kahwin lagi. Karier pun baru nak bermula. Namun tidak dinafikan, antara saya dan Hairul, kami kawan rapat. Kami tak pernah dating as boyfriend and girlfriend."

"Saya sayang dia sebagai kawan saja. Tapi, sayang saya tidak bermakna nak bercinta dengan dia. Kami dah kenal lama, sebab tu boleh jadi kawan rapat. Kalau nak cakap kami bercinta, perkara itu belum berlaku. Jika ditakdirkan suatu hari nanti kami bercinta, seterusnya berkahwin, saya mampu menolak ketentuan itu kerana situasi itulah yang dinamakan jodoh."


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -