Posted by : admin Wednesday, July 17, 2013


Noor Dayana tidak restui perkahwinan Ashraf Muslim - Umum mengetahui, pelakon Ashraf Muslim sudah pun berkahwin dengan Wan Sakniah pada 7 Julai lalu di Thailand tanpa pengetahuan isteri dan keluarga.

Penikahan ini dibuat oleh Ashraf secara senyap-senyap sebelum mahkamah memberikan sebarang keputusan untuk membenarkannya berpoligami atau tidak.

Ekoran itu, bapa mertuanya, Hj Lokman yang ditemubual media menyatakan kekesalan beliau dengan keputusan Ashraf Muslim untuk berkahwin kali kedua sebelum kes mahkamah menemui jalan penyelesaian.

“Kami sekeluarga tersangat kesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini, kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha. Kami akan hormat keputusan mahkamah. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand senyap-senyap.”

Menurut Hj Lokman lagi, beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya anak beliau, Noor Dayana merelakan atau redha dengan keputusan Ashraf Muslim untuk berkahwin buat kali kedua dan tindakan pergi ke mahkamah memang keputusan Noor Dayana sendiri.

“Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha, yang dalam surat khabar kata anak saya redha itu pun bukan dari anak saya, itu satu penipuan yang besar.”


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -