Posted by : admin Friday, July 5, 2013


Pelakon Abu Bakar Omar sindir dan hentam Zed Zaidi di mStar - Jika semalam, Presiden Seniman, Zed Zaidi bercadang untuk memboikot pertemuan antara lima pelakon veteran dan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada Ahad ini, namun pelakon Abu Bakar Omar tampil dengan penjelasan terperinci kenapa pertemuan itu perlu diadakan.

Menurut Abu Bakar, pertemuan yang akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu adalah untuk menerangkan kepada semua ahli kenapa dia bersama empat artis veteran yang lain berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Seniman ke 15 pada 1 Jun lalu.

“Saya mendapat maklum balas ada ahli yang akan hadir. Pertemuan ini akan tetap dilaksanakan pada pukul 2 petang, Ahad ini walaupun Zed Zaidi melarang ahli-ahli Seniman berbuat demikian. Sila jadi ‘gentlemen’ sikit. Ini mesyuarat untuk menyelesaikan masalah. Kenapa perlu boikot.” 

Menurut Abu Bakar lagi, walau apapun yang akan terjadi, pertemuan itu tetap akan diteruskan dan mencabar Zed Zaidi untuk hadir bersama ahli-ahlinya yang lain kerana dengan cara itu sahajalah kemelut dalam persatuan berkenaan dapat diselesaikan.

“Ahad ini ahli-ahli yang terdiri daripada artis baru dan lama akan hadir. Jadi, Presiden persatuan pun kenalah hadir juga. Saya dan rakan-rakan akan terangkan kenapa perintah injunksi itu dibuat.”

Berkenaan surat yang ditulis oleh Zed Zaidi kepada Finas agar tidak membenarkan pertemuan itu diadakan di tempat mereka, Abu Bakar memberitahu bahawa ianya bukan satu masalah.

“Kalau tak boleh buat di Finas, kami akan buat (pertemuan) itu di tempat letak kereta. Bukannya susah. Kenapa pula pertemuan ini tak boleh dibuat di Finas? Sebelum ini ada artis buat kerja kahwin di Finas boleh pula?”


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -