Posted by : admin Thursday, July 4, 2013


Punca Elfira Loy dikutuk peminat dalam drama Demi Dia - Dengan berakhirnya drama Teduhan Kasih yang bersiaran di slot Akasia saluran TV3 semalam, kini penonton disajikan pula dengan drama berjudul Demi Dia yang mengisahkan tentang cinta antara Elfira Loy dan Zoey Rahman.

Apa yang menarik perhatian admin tentang drama terbaru ini ialah respon kebanyakkan penonton yang dilihat tidak suka dengan watak yang dibawakan oleh Elfira sebagai isteri kepada Zoey dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Ini kerana raut wajah Elfira masih keanak-anakan dan kelihatan tidak matang. Lebih menarik, laman sosial Twitter juga turut dibanjiri dengan komen-komen peminat yang kurang setuju dengan watak yang dipegang oleh pelakon comel molek ini.

Susulan itu, Elfira Loy tampil membuat penjelasan dengan menerangkan kepada peminat bahawa jalan cerita drama berkenaan mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin muda dan dianggap tidak menjadi isu besar walaupun ada yang menyentuh soal kelayakannya membawa watak tersebut.

Sebagai makluman, ini bukanlah kali pertama Elfira membawakan watak sebagai isteri orang. Sebelum ini, dia penah memegang watak sebagai isteri ketika menjayakan telefilem Untuk Terakhir Kali.

Jadi, mungkin sudah tiba masanya untuk peminat menerima hakikat bahawa Elfira kini semakin meningkat dewasa dan sudah boleh membawakan watak-watak yang agak matang.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -