Posted by : admin Sunday, July 7, 2013


Punca Rozita Che Wan dan Zain Saidin bergaduh - Betul ke Rozita Che Wan merajuk panjang baru-baru ini? Dengar cerita, Che Ta memang merajuk panjang dengan Zain Saidin. Bukan apa pun sebab Zain khabarnya semakin sibuk sejak akhir-akhir ini.

Pendek kata nak telefon atau hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) pun dah tak kerap macam dulu. Orang tengah banyak job. Maklumlah sekarang semua produksi tengah sibuk dengan drama dan telefilem untuk bulan puasa dan hari raya.

Jadi satu hal pula untuk Zain memujuk kembali kekasihnya itu. Kalau nak ikut memang Zain tengah kerja keras kumpul duit nak kahwin. Bukan senang nak pikat Che Ta apatah lagi nak meminang pelakon berkenaan.

Cukup-cukuplah rajuk tu Che Ta. Tak elok nak tarik muncung lama-lama. Jenuh pula Zain nak pujuk.

Tak mengapalah dugaan orang bercinta ini macam-macam. Apa yang penting harap-harap perkahwinan yang mereka rancang hujung tahun ini menjadi. Ramai yang tak sabar nak tengok Che Ta naik pelamin.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -