Posted by : admin Thursday, July 11, 2013


Qi Razali dan Nelydia Senrose akui memang bercinta - Selepas menafikan berulang-ulang kali sebelum ini, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 35, akhirnya mengaku memang sedang hangat bercinta dengan pelakon Nelydia Senrose.

Menurut Qi Razali ketika ditemubual mstar, kematangan dan sikap kelakar kekasihnya, Nelydia Senrose  19, menjadi sebab utama kenapa hubungan persahabatan mereka selama ini kini bertukar menjadi cinta. Selain itu, mereka juga turut berkongsi banyak minat sama.

"Sebelum ini hubungan kami memang hanya kawan tetapi sekarang ia telah menjadi cinta. Saya mengakui, Nelydia adalah kekasih saya. Bagaimanapun biarlah percintaan ini berjalan dengan perlahan-lahan kerana saya tidak mahu kegagalan dahulu berulang."

Untuk pengetahuan, Qi sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna namun tidak bertahan lama sebelum mereka berpisah secara baik dan membawa haluan masing-masing. Yuna kini berada di Amerika Syarikat untuk mengembangkan kerjaya dan akan melancarkan album terbaharunya pada Oktober depan.

Dalam perkembangan sama, Qi berkata, dia berhasrat untuk tidak bercinta terlalu lama dan meletakkan tempoh masa selama dua tahun untuk mereka mengenali hati budi masing-masing. Ini kerana, bagi Qi, pada usianya sekarang keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri semakin menebal.

"Bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru kerana kerjaya Nelydia pun sedang meningkat dan biar dia tumpu kepada kerjayanya dahulu. Cuma perancangan saya tidak mahu bercinta terlalu lama kerana usia saya pun bukannya muda lagi."

Tambah Qi, dia juga ada berjumpa beberapa kali dengan keluarga kekasihnya itu dan selesa dengan kematangan wanita berkenaan walaupun dia masih muda.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -