Posted by : admin Monday, July 1, 2013


Awi Rafael nafi bercinta dengan Shila Amzah - Susulan penyebaran meluas gosip liar berkenaan Awi Rafael yang dikatakan pernah bercinta dengan Shila Amzah suatu ketika dulu oleh portal Murai Batu, penyanyi lagu Hari Hariku itu lantas tampil menafikannya menerusi Utusan Malaysia semalam. Menurut Awi Rafael, mereka berdua memang pernah rapat dulu tetapi hanya sebagai kawan, tidak lebih dari itu.

"Saya ikhlas berkawan dengan Shila dan tidak pernah terfikir bercinta pun waktu itu. Hubungan kami seperti rakan-rakan artis lain. Sebagai rakan artis saya gembira dengan pencapaiannya dalam bidang seni. Buat masa sekarang fokus utama saya adalah karier, tentang masa depan itu biar Allah yang tentukan. Lagipun saya baru sahaja putus cinta, jadi mana mungkin saya mencari cinta baru buat masa ini."

Diharap dengan penjelasan ini, penyebaran gosip liar berkenaan hubungan cinta Awi Rafael dan Shila Amzah akan dihentikan dan tidak lagi dipertikaikan seperti minggu lepas.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -