Posted by : admin Monday, July 1, 2013


Hanez Suraya akui sukar lupakan Awi Rafael - Pelakon Hanez Suraya mengakui masih gagal untuk melupakan bekas kekasihnya, penyanyi Awi Rafael walaupun hampir sebulan hubungan cinta mereka berakhir, dipetik dari mstar.

Menurut pelakon drama Autumn Di Hatiku ini, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.

"Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini. Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal."

Sebelum ini, terdapat gosip liar mengatakan hubungan cinta mereka berakhir disebabkan oleh pihak ketiga. Bagaimanapun, Hanez Suraya tampil menafikan sebarang campur tangan pihak ketiga dalam perpisahan tersebut.

"Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami ‘panas’ dan sering kami juga bertengkar. Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah."

Hanez, buat masa in belum mampu untuk menerima mana-mana cinta lain sebagai pengganti dan perlukan masa untuk menguatkan kembali semangat yang hilang.

"Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya."


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -