Posted by : admin Sunday, July 7, 2013


Tiga atlet lelaki SUKMA cabul rakan sepasukan - Tiga atlet lelaki bola baling, berumur antara 18 dan 19 tahun telah ditahan berhubung kes cabul rakan sepasukan daripada skuad wanita beberapa hari lepas.

Ketiga-tiga remaja itu ditahan sehari selepas mangsa membuat laporan polis pada Rabu. Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Lam Chin Fei berkata, ketiga-tiga remaja lelaki itu ditahan reman sehingga 11 Julai ini bagi membantu siasatan.

"Kami mengklasifikasikannya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mencabul. Mereka boleh berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan."

Gadis itu yang berumur 19 tahun, yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma), mendakwa dia diperkosa di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 Julai. Gadis itu mendakwa telah keluar minum dengan beberapa rakan sepasukan pada malam dia didakwa diperkosa.

Perkara seterusnya yang disedarinya apabila dia berbogel dan ditindih oleh seorang lelaki pada kira-kira jam 4 pagi. Dia mendakwa dirinya berada dalam keadaan separuh sedar apabila ketiga-tiga remaja itu memperkosanya secara bergilir.

DSP Lam menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu gar segera menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau berkunjung ke balai polis berhampiran, dipetik dari mstar.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -