Posted by : admin Tuesday, July 9, 2013


Zizan Razak dikatakan sombong dan tidak berdisiplin - Pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, menafikan tuduhan kononnya dia sering menimbulkan masalah kepada krew produksi dan tidak berdisiplin dari segi ketepatan masa.

Menurut Zizan menerusi mstar online, tuduhan tersebut tidak adil buatnya dan sengaja diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak kerana mereka tidak mengetahui perkara sebenar di sebalik kehidupannya sebagai seorang selebriti.

"Saya bukan hendak menafikan tetapi cerita sedemikian cuma diperbesar-besarkan dan orang sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi di sebaliknya dan terus membuat pelbagai tanggapan yang tidak benar. Sukar untuk memuaskan hati semua orang dan perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia hiburan."

Zizan turut menjelaskan bahawa dia tidak menafikan memang pernah terlambat ke sesebuah lokasi penggambaran atau pun program lain kerana disebabkan kesibukan dan pertindihan pelbagai program dan aktiviti serta sebab-sebab lain seperti kesesakan lalu lintas.

"Saya bukannya sempurna dan mengakui kadang-kadang terlewat dan ia bukan disengajakan. Apapun saya dengan rendah hati memohon maaf sekiranya ada pihak yang terguris hati jika ada apa-apa tindakan atau perbuatan saya yang menyentuh perasaan mereka."


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -