Posted by : admin Wednesday, September 4, 2013

Begitulah kata Rozita Che Wan apabila diminta mengulas tentang laporan beberapa blog yang mendedahkan kisah silamnya.

�Saya tidak tahu menahu mengenai isu ini malah hairan macam mana boleh timbul. Namun kalau ada yang mengata atau memburuk-burukkan saya semata-mata untuk menggagalkan perkahwinan saya dengan Zain, tidak tahu pula saya jenis orang begitu.


�Kalau ada yang bercerita pasal saya, biasanya Zain akan bertanyakan pasal keburukan saya untuk tidak mengeruhkan keadaan. Kami saling memahami dan cara terbaik untuk tidak memanjangkan cerita, kami akan berbincang.

�Alhamdulillah, setakat ini Zain amat mengenali saya dan tidak perlu saya bimbangkan,� kata pelakon popular, Rozita Che Wan atau Che Ta.

Pelakon Kiah Pekasam itu berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal mengenai komen Zain berkaitan seseorang yang cuba memburukkan Che Ta dengan bercerita kisah-kisah silamnya.

Che Ta, 40, dan Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, merancang mendirikan rumah tangga pada Disember ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Ibu tunggal kepada dua anak ini berkata, setakat ini tiada masalah timbul mengenai persiapan mereka ke gerbang pernikahan itu dan memohon agar semua peminat dan masyarakat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

�Tiada yang mampu merubah segala keputusan kami, kecuali dengan izin Allah. Namun biasalah kalau tiba untuk mendirikan masjid seperti kami, mesti ada dugaan macam-macam mendatang. 

�Kalau kami tidak beritahu mengenai bila nak nikah, ramai pakat bertanya tetapi kalau sudah diberitahu, lain pula ujiannya. Sabar sajalah,� katanya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem Kalung Kak Dara arahan Raja Ahmad Alauddin untuk siaran TV3.

sumber : Kezoom

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -