Posted by : admin Tuesday, October 11, 2016


Dengar khabar memetik portal Utusan yang pelakon kacak, Zul Ariffin sudah putus cinta dengan kekasihnya Zahira McWilson.

Walaupun ramai tidak mengetahui mereka bercinta namun sumber ini mengatakan yang mereka berpisah disebabkan orang ketiga.

Tambah sumber itu lagi, ianya dikaitkan dengan Zul yang mempunyai kekasih baru dengan pelakon dari Singapura.
�Dari satu sumber, mereka dikhabarkan sudah pun memutuskan perhubungan tersebut. Cuma rasanya ramai yang tidak tahu tentang gosip ini kerana mereka bukan jenis yang canang satu kampung. Dengar cerita, punca perpisahan itu juga adalah kerana orang ketiga. Panas sungguh kisahnya apabila Zul dikatakan bermain kayu tiga dengan seorang pelakon wanita bertudung�

�Poklip pun buatlah kajian sikit. Sumber tersebut menyebut nama seorang pelakon berasal dari Singapura, sebagai wanita ?yang merampas cinta Zahirah. Poklip tidak berani hendak mengiyakan khabar angin tersebut, sebab macam rumit sungguh kisah cinta mereka ini. Mana tidaknya, Zul dikatakan sudah lama bercinta dengan pelakon itu walaupun sebelum ini menafikannya�

�Poklip tidak tahu mana satu yang betul. Disebabkan hubungan rahsia yang sudah lama terjalin di antara Zul dan pelakon wanita itu, Zahirah dikatakan membawa diri dan mengambil keputusan untuk putuskan saja hubungan tersebut. Harapnya cerita ini hanyalah khabar angin yang sengaja diungkit dan digembar-gemburkan,� katanya menerusi ruangan Pok Lip di Utusan Online.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -