Posted by : admin Saturday, November 12, 2016



9 Tips Sembuhkan Luka Jahitan Bersalin Dengan Cepat & Baik|Rata-rata ibu yang baru melahirkan anak mengalami luka jahitan bersalin. Samaada terkoyak ataupun doktor terpaksa membuat potongan episiotomi untuk memudahkan kelahiran bayi. Jika tak betul-betul dijaga, luka ini lambat baik. Silap hari bulan boleh bernanah dan terbuka. Oh terasa ngilu pula.
Berikut 9 tips supaya luka jahitan bersalin cepat baik. 
1- Mandi Air Suam
Sepanjang tempoh berpantang, memang seeloknya gunakan air suam untuk mandi. Termasuk juga mencuci kawasan luka jahitan.
Selepas itu, jangan lupa untuk tekap-tekap dengan tuala bersih. Supaya kawasan tersebut kering.

2- Dedahkan Bahagian Luka
Ambil masa 10 minit sekali atau dua kali setiap kali. Pengudaraan ini penting kerana luka bersalin itu biasanya terlindung.
3- Guna Pelampung
Jika luka jahitan bersalin merasa sakit, gunakan pelampung kanak-kanak. Letakkan pelampung pada kerusi atau tempat duduk. Atau boleh guna tuala tebal dan bentukkan seperti donut. Kesakitan dapat diatasi.
4- Guna �Ice Pack�
Luka bersalin adakala boleh menjadi bengkak. Jadi bagi mengurangkan bengkak serta rasa sakit. Tekapkan �ice pack� pada kawasan tersebut. Kedinginan dari �ice pack� akan mengebaskan bahagian jahitan.
5- Tuala Wanita Dalam Peti Sejuk
Pastikan tuala wanita bersih. Ambil dan letakkan di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Fungsinya juga bagi memberikan kelegaan dan elak kesakitan.
6- Jirus Air
Semasa membuang air kecil atau besar, jiruskan air pada kawasan kaki. Ini dapat mengelakkan rasa sakit pada luka jahitan bersalin.
7- Senaman Lantai Pelvik
Bagi memastikan peredaran darah yang lancar pada kawasan yang luka, amalkan senama lantai pelvik ini. Senaman ini juga sangat membantu supaya luka cepat sembuh.
8- Berjalan
Elakkan dari asyik duduk. Berjalan perlahan-lahan di dalam rumah.
Pergerakan seperti berjalan juga sangat baik supaya luka cepat sembuh.

9- Makanan Penyembuh Luka
Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Amalkan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya. Kekurangan nutrisi dan air juga menyebabkan luka lambat sembuh.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -