Posted by : admin Thursday, November 17, 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan berikut: (Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan)



Jawatan:


1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41

Tangga Gaji : (min)RM2,418.00 - (max)RM9,607.00


Syarat Kelayakan:

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau

(ii) lulus peperiksaan akhir peguam (Bar final examination); dan

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.



Tarikh Tutup Permohonan : 22 November 2016



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Perbandaran Klang


Latar Belakang

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.

Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -