Posted by : admin Saturday, November 5, 2016

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) seperti berikut:-



Jawatan:


1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI F52


2. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S48


Cara Memohon:


Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Bukan Akademik (UPNM/PEND-02)
seperti di lampiran (link muatturun admin sudah sediakan di bawah). Borang yang lengkap diisi perlu disertakan bersama salinan dokumen/sijil
yang diperlukan seperti berikut.

a) Salinan Kad Pengenalan

b) Salinan Sijil-sijil Akademik/Ko-kurikulum

c) Salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemas kini

d) Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun yang terkini.


i) Permohonan yang telah lengkap hendaklah di alamatkan kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
(U.p :En. Mohamad Sabri bin Che Omar)


ii) Jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

iii) Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak
menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah
dianggap tidak berjaya.


Peringatan

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan diproses dan dianggap
tidak berjaya.


Tarikh tutup permohonan : 18 November 2016




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)


Pengenalan

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -