Posted by : admin Friday, November 11, 2016



Maut Tersepit Dalam Mesin Bancuh Tepung|Johor Bahru: Seorang wanita pekerja kilang maut akibat tersepit dalam mesin pembancuh tepung di tempat kerjanya di Jalan Sri Wangi, Taman Perindustrian Desa Plentong, Bandar Baru Permas Jaya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada 12.43 tengah hari ketika mangsa yang dikenali sebagai Noridah Nazir, 42, sedang melakukan kerja rutinnya sebagai penjaga mesin bancuh tepung itu,
Tangan kanan mangsa dipercayai termasuk ke dalam mesin bancuhan itu sehingga menyebabkan badannya juga tertarik ke dalam.
�Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dan polis tidak menjumpai apa-apa kesan yang menjurus kepada perbuatan jenayah,� katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Bagaimanapun, Sulaiman berkata siasatan masih diteruskan dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat.mymetro

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -