Posted by : admin Tuesday, November 8, 2016



RIYAHD, ARAB SAUDI - Gara-gara merakam video aksi suami yang didakwa curang dan menyebarkannya di laman sosial, seorang wanita berhadapan dengan hukuman penjara atau denda.

Lapor Emirates247, video yang tersebar di laman sosial negara itu menunjukkan lelaki terbabit sedang bercakap dengan salah seorang pembantu rumahnya sebelum memeluk dan mencium wanita itu di dapur.

Bagaimanapun, pembantu rumah terbabit cuba mengelakkan diri dari diperlakukan sedemikian.




Berang dengan tindakan si suami, isterinya memuat naik rakaman video tersebut di laman sosial dengan kapsyen, "Hukuman minima untuk suami seperti ini ialah berlaku curang padanya,". 

Malangnya, tindakan si isteri itu memakan diri dan bakal dikenakan tindakan undang-undang atas tuduhan menyalahgunakan teknologi dan memfitnah suaminya.

Menurut peguam Majid Qaroob, tindakan wanita itu boleh dipenjarakan setahun. 

"Wanita itu berdepan dengan hukuman penjara setahun atau denda sebanyak SR500,000 (RM56,991) kerana memfitnah suaminya mengikut undang-undang jenayah siber. Undang-undang ini memastikan hukuman tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan telefon bimbit dengan kamera atau peralatan lain untuk merakam gambar individu lain dan memfitnah mereka," katanya.

Bagaimanapun di laman sosial, netizen sepakat menyuarakan sokongan padu terhadap wanita itu.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -