Posted by : admin Sunday, June 13, 2021

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan pelaksanaan solat fardu lima waktu dan solat Jumaat secara berjemaah dengan bilangan 12 orang saja ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kebenaran itu berkuat kuasa pada Selasa ini.

"Pelaksanaan solat fardu lima waktu dan solat Jumaat secara berjemaah dibenarkan dengan bilangan 12 ahli jawatankuasa masjid atau surau saja.

"Orang Islam yang tidak dapat melaksanakan solat Jumaat wajib menunaikan solat Zohor pada tempoh itu di rumah atau kediaman masing-masing

"Bagi pelaksanaan solat jenazah di masjid atau surau dibenarkan dengan bilangan 12 orang saja kecuali dilaksanakan selepas solat Jumaat.

"Pelaksanaan solat hajat di masjid dan surau juga dibenarkan dengan bilangan sama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Masidi berkata, aktiviti di masjid dan surau seperti kuliah, majlis ilmu, akad nikah, majlis kenduri dan seumpamanya tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP di Sabah.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -