Posted by : admin Sunday, March 31, 2013

Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som mengakui kenyataan mengenai 'video seks Nabi' yang dipapar menerusi Twitternya 27 Mac lalu adalah kenyataannya sendiri.

"Itu kenyataan saya sendiri. Tidak, (akaun Twitter) bukan diceroboh," katanya.

Ditanya mengapa beliau buat kenyataan sedemikian yang diketahui boleh mengundang kontroversi malah dituduh menghina Nabi, sambil tertawa, Khairul Fahmi berkata, "Tunggu saja nanti, sekarang saya tak mahu cakap apa-apa lagi. Setiap orang ada persepsi sendiri, setiap yang berlaku pasti ada sebab."

Pemimpin Pemuda Pas itu juga hanya berkata, "Terpulang kepada siapa yang membaca". Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib berkata, kenyataan Khairul Fahmi mungkin merujuk kepada sikap Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi musuhnya.

“Benda ini (video seks) tidak wujud dan adalah mustahil untuk Baginda melakukannya. Mungkin perbandingan yang dibuat hanya untuk menunjukkan betapa teruknya Umno.

“Mereka sanggup keluar video tidak baik orang tidak bersalah. Jika Umno wujud pada zaman Rasulullah, mungkin mereka akan buat perkara itu,” katanya.

Harun mengakui tindakan Khairul Fahmi membuat perbandingan dengan Rasulullah SAW kurang sesuai.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau belum lihat kenyataan pemimpin muda Pas itu dan atas sebab itu tidak wajar baginya untuk beri ulasan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -