Posted by : admin Saturday, March 30, 2013

http://4.bp.blogspot.com/-zpm2URubne0/UVZpAuo6rWI/AAAAAAABc80/5BfvPRxqaqE/s1600/maut1.jpg
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas tiang cerucuk besi seberat 10 tan menghempap dua kereta di Jalan Lapangan Terbang Subang, malam ini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, tiang cerucuk besi yang diangkat kren terbabit dikatakan terlepas sebelum menghempap dua kereta yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Mangsa yang menaiki kereta Hyundai Sonata meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, Nissan Frontier cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu 10 minit selepas insiden dan tiba di tempat kejadian pada jam 7.53 malam. Beliau berkata, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya serta Petaling Jaya dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi, tiang cerucuk besi yang tumbang itu menghempap masing-masing sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda.

“Seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah,” katanya.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menghentikan kerja bagi penyambungan landasan LRT di KM15 off Jalan Lapangan Terbang, Subang.

Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata, syarikat itu kesal insiden membabitkan seorang pemandu maut dan penumpang kereta cedera apabila peralatan pembinaan di bahagian itu tiba-tiba menimpa kenderaan mereka pada kira-kira 7.30 malam.

"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital. Kami kesal kemalangan yang terjadi dan menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Projek itu bertujuan untuk meningkatkan lagi pengangkutan awam bandar di Lembah Klang.

http://2.bp.blogspot.com/-T6fpHpDSJLo/UVZoMYhlzMI/AAAAAAABc70/BgxQzoOghUE/s1600/1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-RTP6RTfwJrw/UVZoMhpxdcI/AAAAAAABc78/ZNagbh9kLBA/s1600/2.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-SKNRcOrV7s4/UVZoR5TYxhI/AAAAAAABc8E/PDdEm8i66K8/s1600/5.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-bc454yvIN1s/UVZoR4tEsXI/AAAAAAABc8I/DSFLUBfxAlQ/s1600/3.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-p8kJ7CoL_Ew/UVZoYSUF4UI/AAAAAAABc8U/3D4laAYDaUA/s1600/7.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-kiTGVUdKo38/UVZoYUGK5PI/AAAAAAABc8Y/p09lyGsqnYc/s1600/6.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-I7O1bSJhjOw/UVZodzwGTZI/AAAAAAABc8k/5ZinsGBiuL8/s1600/8.jpg

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -