- Back to Home »
- Sinopsis »
- Sinopsis Drama Karlos - Slot Aksi TV3
Posted by : admin
Sunday, March 3, 2013

Sinopsis Drama Karlos TV3
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid. Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai tidak mampu melakukan apa-apa. Tanpa wang belanja, Irwan belajar mencuri makanan dari kantin seterusnya membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek. Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan.