Posted by : admin Wednesday, June 12, 2013


Anak Pelakon Bollywood Ditangkap-NEW DELHI � Seorang anak lelaki pasangan pelakon Bollywood Aditya Pancholi dan Zarina Wahab telah ditangkap kerana disyaki menyebabkan teman wanitanya yang juga pelakon, Jiah Khan membunuh diri, kata polis.


Jurucakap polis, D. Deokar berkata, anak pasangan itu, Suraj Pancholi, 22, ditahan lewat kelmarin.
Deokar sebelum ini mengesahkan Jiah yang berusia 25 tahun mati di apartmennya di Mumbai kerana membunuh diri pada minggu lalu.

2013 06 12 070356 Anak Pelakon Bollywood Ditangkap

Sepucuk surat yang ditulis Jiah mendakwa bahawa Pancholi menipunya, menderanya secara fizikal dan memaksa dia menggugurkan kandungan anak luar nikah mereka.
Polis kemudian mengesahkan surat itu ditulis oleh Jiah.
Sebuah mahkamah semalam mengarahkan Pancholi ditahan sehingga 13 Jun ini untuk disoal siasat berhubung kejadian aktres tersebut membunuh diri.
Jiah membuat penampilan buat kali pertama dalam filem kontroversi Nishabd pada tahun 2007 bersama pelakon legenda, Amitabh Bachchan.
Dia yang dibesarkan di London sebelum berpindah ke India untuk menceburi industri perfileman Bollywood pernah berlakon bersama aktor terkenal Aamir Khan dan Akshay Kumar.
Sebelum ditangkap, Pancholi mengikuti kelas lakonan.
Dia telah menandatangani perjanjian untuk muncul dalam filem Hero.
Pancholi juga pernah bekerja sebagai seorang penolong pengarah filem. � Agensi
http://www.kosmo.com.my

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -