Posted by : admin Saturday, July 13, 2013


Alvin Tan dan Vivian Lee tutup akaun Facebook - Ekoran posting kurang matang penulis blog lucah, Alvin Tan dan Vivian Lee beberapa hari lepas sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam, mereka bakal disiasat oleh SKMM di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pasangan tidak senonoh itu.

Mengetahui musibah ditangkap dan dipenjara oleh pihak polis tidak lama lagi, Alvin Tan dan Vivian Lee dikatakan segera bertindak menutup akaun Facebook mereka. Maklumat ini disahkan sendiri oleh laman blog ekeleh menerusi entri bertajuk Alvin dan Vivian cabut lari, tutup akaun FB.

Jika korang buat pencarian akaun Facebook penulis blog lucah ini di google, korang tidak akan menemuinya. Admin dah cuba buat pencarian tadi namun hanya dapat "displaying 0 results". Memang sah Alvin Tan dan Vivian Lee cabut lari kerana takut meringkuk dalam penjara.



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -