Posted by : admin Monday, July 1, 2013


Isu SMS hutang RM5,000, Shah Jaszle kantoi berbohong - Jika sebelum ini, Shah Jaszle mendakwa Neelofa ada menghantar SMS kepadanya semasa beliau bersemuka dengan Farah Nurizzati Salleh di sebuah bank Bangsar Utama, lain pula respon terbaru Neelofa menerusi MalaysianDigest.

Menurut Neelofa, dia mengakui pernah menghantar SMS kepada Shah Jaszle untuk menuntut hutangnya sebanyak RM5,000 namun SMS itu dihantar dua tahun lepas dan bukannya sewaktu beliau berjumpa dengan Farah Nurizzati Salleh dua minggu lepas, dipetik dari ohbulan.

"Saya tak tahu apa attention dia dan saya tak mahu komen banyak tentang hal ini. Memang saya ada mesej dia minta jelaskan hutang itu, tapi itu dua tahun lepas, ketika filem Azura 2011. Saya terkejut bila tiba-tiba timbul isu ini. Walhal saya memang sudah lama tidak mesej apatah lagi menghubungi Shah Jaszle. Saya tak ada pun nombor telefon dia sekarang."

Mengulas lebih lanjut mengenai isu hutang tersebut, Neelofa akui telah menghalalkan duit berkenaan dan berharap agar isu itu tidak akan terus berpanjangan.

"Saya dah halalkan. Bukan soal pemurah tapi saya anggap perkara ini telah selesai. Saya tak mahu pening-pening kepala dan kita semua boleh senyap dari memikirkan tentang hal itu. Tapi nanti kalau katakan dia nak bayar hutang itu, mestilah terima sebab itu duit saya."


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -