Posted by : admin Monday, July 1, 2013


Pengakuan jujur Kim Jin Sung - Pelakon dan model kelahiran Seoul, Korea Selatan, Kim Jin Sung yang mula mencipta nama di Malaysia menyangkal dakwaan menyimpan perasaan terhadap Hanez Suraya sambil berkongsi ciri-ciri gadis idamannya, dipetik dari ohbulan.

"Saya suka Hanez, walaupun dia hampir menepati ciri-ciri gadis idaman yang saya cari tetapi tidaklah sampai saya bercinta dengannya. Sejujurnya saya tidak tahu mengenai khabar angin yang dikaitkan antara saya dan Hanez. Kami tiada hubungan istimewa kerana masing-masing professional sewaktu bekerja. Tapi apa yang saya boleh katakan, dia adalah seorang kawan yang baik."

Menurut Kim Jin Sung atau lebih mesra disapa JS, dia menggemari gadis yang tinggi, bijak serta cantik untuk dijadikan teman hidup.

Untuk pengetahuan semua, JS dan Hanez Suraya sama-sama membintangi drama bersiri online berjudul Autumn Dihatiku yang bakal ditayangkan di Tonton mulai 3 Julai 2013. Drama ini turut menampilkan beberapa pelakon baru yang semakin menyerlah seperti Aiman Hakim, Ezzaty Abdullah dan Anas Ridzuan.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -