Posted by : admin Monday, July 1, 2013


Kilafairy sahkan hangat bercinta dengan Hardy Hartono - Memang benar tekaan peminat selama ini berkenaan penyanyi dan pelakon terkenal, Kilafairy yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon dari negara seberang, Indonesia.

Gosip itu mula timbul apabila Kilafairy memuatnaik sekeping gambar dirinya bersama seorang lelaki dengan bunyi caption yang agak kontroversi.

Melalui gambar tersebut, ada peminat yang meneka lelaki itu adalah pelakon dari negara seberang dikenali Hardy Hartono. Kesahihan gosip hubungan cinta mereka berdua ini telah disahkan sendiri oleh Kilafairy.

Menurut Kilafairy, perkenalan mereka bermula ketika Hardy Hartono datang ke Malaysia untuk memenuhi undangan jemputan berlakon di dalam drama Kitab Cinta di bawah arahan Erma Fatima.

“Kebetulan pula, ketika Hardy membelek majalah terpampang gambar saya dan ia membuatkan dia seakan jatuh cinta dengan saya. Bermula dari situlah kami mula berkomunikasi. Kami bertukar nombor telefon termasuk Blackberry Messenger (BBM). Kami berhubung tanpa berjumpa dan hanya beberapa bulan selepas itu baru bersua muka.”

Sehingga kini, Kilafairy dan Hardy Hartono sudah berkawan rapat selama dua tahun dan mereka semakin serius untuk mengenali satu sama lain, dipetik dari myartis.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -