Posted by : admin Tuesday, September 3, 2013

Bung Moktar Radin
Susulan harga minyak Ron 95 naik sebanyak 20 sen semalam, ramai yang melontarkan pendapat tentang hal ini di laman sosial masing-masing.
Selain rakyat biasa, ahli politik juga tidak ketinggalan. Antaranya Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin yang juga suami pelakon putih melepak, Zizie Ezette.

Dalam status Twitter jam 4.04 pagi semalam, Bung menaikkan status berbunyi:
'Minyak petrol naik, pastinya x memudaratkan rakyat, kerana yg ada kereta besar adalah orang2 besar dan berkemampuan, org kg ada x berkereta.'
bungmokhtar
Status ini mendatangkan respon yang pelbagai daripada pengikut Twitter Bung. Ada yang bersetuju, tidak kurang juga sebaliknya.
bungmokhtar3
Antara pendapat diberikan, terdapat juga pengguna yang kurang berkemampuan tapi terpaksa juga berkereta kerana terpaksa ulang alik dari Kota Kinabalu - Tambunan.
Ada seorang yang lain pula, berharap yang naik adalah Ron 97 bukan Ron 95.
Begitu pun, ada satu komen daripada pengikut Bung yang agak catchy hingga mendapat 561 retweets!
Komen itu berbunyi, '@MyKinabatangan berkereta tu bukan kemampuan, itu keperluan zaman skrg. Berbini dua tu baru la kemampuan.'
bungmokhtar2
Jangan marah, Bung. Rasanya itu cuma gurauan.
Lagi pun jika diihat dari sudut positif, sekurang-kurangnya komen itu mampu mengurangkan sedikit tekanan di kalangan pengikut Twitter Bung yang kurang bersetuju dengan statusnya berkenaan kenaikan harga minyak tu, kan. - Sumber

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -