Posted by : admin Sunday, October 16, 2016



APAKAH HUKUM KENTUT VAGINA ATAU ANGIN far@j SEMASA SOLAT DI DALAM ISLAM ?

Hukum wanita yang mengeluarkan angin/kentut melalui far@j (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut:


???? ???????? ???? ???????? ???? ?????????? ?????? ????? ???????? ????????? ????? : ??? ?????????? ?????? ???????? ??????? ???? ?????? ???????

�Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang bersabda: �Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya�.
(Hadis Muslim dan Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada far@j disarankan mengambil langkah-langkah berikut:

Berdehem selepas membuang air kecil.
Membasuh kemaluan dengan sempurna.
Mengelap far@j sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.
Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.


Selain dari masalah kesihatan wanita, masalah kentut vagina adalah masalah yang semakin membimbangkan ramai wanita.

Tetapi, bagi wanita (biasanya yang sudah berkahwin dan melahirkan anak), masalah ini pastinya pernah menimpa anda. Hanya ketika ianya berlaku, barulah anda risau dan cuba mencari cara mengatasi masalah kentut vagina ini.

Saya suka sekali untuk berkongsi dengan anda di luar sana yang tertanya-tanya apa sebenarnya penyebab dan punca kentut rahim ini serta cara untuk mengatasinya. Malu sungguh jika ianya berlaku terutamanya apabila suami sedang berada berhampiran anda bukan?

Jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya.



Apa Itu Kentut Vagina dan Angin far@j dan Cara Mengatasi


APA ITU KENTUT VAGINA ATAU ANGIN far@j?

Vaginal flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun far@j terkentut merupakan sebuah keadaan dimana alat kemaluan yang sulit milik perempuan mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut.

Kentut ini selalunya berlaku akibat udara terperangkap di dalam far@j atau pun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.Kentut vagina boleh disebabkan oleh lemahnya otot-otot disekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti.

Jikalau kentut itu berbau yakni tidak berbau maka kemungkinan besar far@j tersebut sudah dijangkiti mikoorganisma yang menyebabkan penghasilan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Berbeza daripada kentut dubur, kentut vagina sepatutnya tidak berbau.

APAKAH PUNCA KENTUT VAGINA ATAU ANGIN far@j ?

Namun begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami:

Kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak atau selepas bersalin
Mengalami masalah jatuh peranakan
Tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas)
Mengamalkan hubungan seks yang melampau



APAKAH KEBURUKAN KENTUT VAGINA ATAU ANGIN far@j ?

Apabila wanita kentut far@j, maksudnya far@j longgar. Bila bersama suami, dah tak grip atau tak mencengkam. Masa baru kahwin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan berair.

Apabila wanita kentut far@j, maksudnya urat far@j dah tak sihat macam dulu. Jadi mulalah masalah kedinginan dalam hubungan intim. Suami buat apapun, si isteri seperti tidak nafsu. Siap sound si suami �cepatlah sikit habisnya bang. Sy dah tak larat dah ni�. Ini jadinya tahap klimaks bersama suami semakin rendah

Mungkin dari luaran lepas dijahit jahitan bersalin boleh nampak cantik. Tapi tak akan mampu kali menipu bila ada yg meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika far@j sudah mula keluar angin pus-pus.Ia juga boleh menyebabkan masalah kekeringan far@j

Apabila wanita kentut far@j, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yg berbau ada yg berwarna. Masa tu suami nk dekat pun mula rasa loya.

Kentut vagina boleh diatasi dengan;

Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar yang mampu membenarkan keluar masuk udara.
JANGAN sesekali anda menyembur air paip ke dalam kemaluan.Mungkin anda beranggapan bahawa ia membersihkan bahagian dalam kemaluan anda..TAPI anda SILAP!!! sebenarnya anda telah membuka ruang udara dlm kemaluan anda! ini boleh mengakibatkan berlakunya ruang udara dan menyebabkan berlakunya �kentut Vagina�.
Elakkan makanan sejuk dan berair. makanan sejuk beku, tembikai, ais
Mengamalkan senaman kegel ataupun senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit dan melansingkan corong far@j yang lega dan menyempitkan pembukaan far@j yang renggang itu. Dengan corong far@j yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak atau ketika hubungan kelamin berlaku

Anda boleh praktikkan senaman ini pada bila-bila masa. Caranya mudah sahaja:

Tahan nafas.
Tanpa kecutkan otot perut, kemutkan far@j seperti sedang menahan kencing.
Kira sampai 10.
Lepaskan seperti biasa.
Ulang 25 kali setiap sesi, buat 3 sesi sehari.


Mencuci dan membersihkan alat sulit dengan baik dan pastikan ianya tidak selalu lembab dan juga amalkan pemakaian pantyliner kerana semua ini dapat mengelakkan jangkitan mikroorganisma.

Kentut jenis ini masih dianggap normal walaupun ramai yang beranggapan kentut vagina hanya berlaku kepada sesiapa yang sudah kehilangan dara. Hal ini demikian kerana, pergerakkan kaki semasa berjalan ataupun ketika apa aktiviti sekali pun, ianya mampu memberi peluang untuk udara keluar masuk ke dalam far@j jikalau dinding dan saluran far@j berkenaan tidak begitu kuat. Justeru itu, janganlah anda beranggapan mereka yang mengalami kentut vagina ini sudah kehilangan dara kerana seperti organisma yang lain, setiap sedutan pasti akan ada hembusan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Powered by Blogger.

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -