Posted by : admin Sunday, October 30, 2016

Pada: Isnin, 31 Oktober 2016
Berita Artis, Julia Ziegler, Jurutera, Kursus Kahwin, Pelakon, Perkahwinan Artis,
Julia Ziegler bakal bergelar isteri kepada jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan yang dikenali sejak setahun lalu. Julia mengakui yang dia kini berdebar menanti hari bahagia mereka yang dijadualkan berlangsung pada awal 2017.

Mereka juga sudah pun menghadiri kursus perkahwinan, baru-baru ini.

"Persiapan perkahwinan kami sebenarnya sudah pun dimulakan sejak Jun lalu dan kini ia hampir sempurna dilakukan. Apa yang tinggal kini hanyalah cendera hati untuk tetamu, yang kebanyakannya kami hasilkan sendiri.

"Pada masa sama, saya ligat membantu keluarga melakukan persiapan kahwin adik saya, Melissa, yang akan menaiki pelamin bulan depan,

"Majlis kahwin saya cukup ringkas dan sederhana. Paling penting ialah acara wajib, iaitu akad nikah, berlangsung dalam suasana yang sempurna.

"Dalam membuat persiapan majlis bersejarah kami, saya juga harus mengambil kira permintaan keluarga dan bakal mentua," katanya memetik BharianOnline.

Tag : Berita Artis , Julia Ziegler , Jurutera , Kursus Kahwin , Pelakon , Perkahwinan Artis

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -