Posted by : admin Sunday, October 30, 2016

Pada: Isnin, 31 Oktober 2016
Anak Artis, Berita Artis, Bersalin, Gambar Artis, Nadia Annuar, Pengacara TV,
Semalam anak kepada Kak Ton iaitu Nadia Annuar dan suaminya Hafiz Salleh telah menerima kehadiran 'orang baru' dalam hidup mereka. Nadia telah berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya.

Selain itu, Nadia yang merupakan personaliti TV itu turut memberitahu yang dia dan suaminya itu telah sepakat menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Dya Naylaa.

"Alhamdulillah, ada bayi dari syurga baru lahir ke dunia. Beri salam dan selawat pada baby Dya Naylaa binti Mohd Hafiz dan mohon doa yang baik-baik ya.

"Semoga jadi anak yang solehah berbakti pada ibu bapa, agama dan ummah fi duniya wal akhirah. Aminnnn," ujar Nadia di IGnya.

Untuk info, ini merupakan anak kedua bagi Nadia kerana sebelum dia telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Aaron Erwin, 7, hasil perkahwinan terdahulu.

Tag : Anak Artis , Berita Artis , Bersalin , Gambar Artis , Nadia Annuar , Pengacara TV

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -