Posted by : admin Wednesday, November 9, 2016



Remaja 14 Tahun Jadi Mangsa Pemuas Nafsu Bapa Dan Abang Kandung|Demi menyelamat adiknya, seorang kakak berusia 14 tahun nekad melarikan diri membawa adik berusia 12 tahun kerana bimbang turut menjadi mangsa perkosaan bapa serta abang kandung mereka.
Mangsa yang dikatakan telah berkali-kali dirogol bapanya tiba di Selangau pada Jumaat lepas sebelum meminta perlindungan daripada polis di kawasan berkenaan.
Menurut mangsa, abangnya yang berusia 17 tahun turut terlibat dalam perbuatan itu malah telah berkali-kali mencabul mangsa.
Difahamkan polis menahan bapa mangsa berusia 61 tahun itu di Sibu dan menghantar dua beradik malang itu ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.
Kedua-dua beradik itu kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superitenden Martin Koo mengesahkan polis menerima laporan itu dan menahan bapa mangsa malam kelmarin (Sabtu).

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut sambil memberitahu polis kini sedang menyiasat kes itu.
Menurut sumber, mangsa anak kelima daripada lapan beradik daripada sebuah keluarga bermasalah.

Mangsa tinggal dengan bapanya setelah dipercayai berlaku perceraian pasangan suami isteri itu.
Difahamkan mangsa dirogol berkali-kali bapanya sejak berusia 12 tahun dan akan dipukul jika enggan menurut nafsu bapanya.

Mangsa mengalami tekanan mental, emosi dan fizikal disebabkan masalah berkenaan dan kejadian itu berlaku lagi pada Jumaat lepas sebelum mangsa nekad membawa adiknya lari.
Mangsa memutuskan meninggalkan rumah seorang diri tetapi bimbang adiknya menjadi galang ganti bapanya melampiaskan nafsu, mangsa membawa adiknya bersama.
Dia dikatakan menceritakan perkara sebenar kepada adiknya sebelum membuat keputusan nekad lari dari rumah.
Pada masa sama, polis Selangau merujuk kes ini kepada polis Sibu dan polis di sini berjaya menahan bapa dan abang mangsa.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -