Posted by : admin Sunday, June 20, 2021

AGENDA DAILY

Pakar Perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz.

Parlimen perlu melalui beberapa proses pentadbiran termasuk menyusun perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan dengannya, kata pakar Perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz.

Walaupun bersetuju bahawa Dewan Rakyat boleh bersidang ketika darurat, beliau berkata Parlimen juga boleh ditangguhkan kerana tiada peruntukan yang jelas berhubung perkara itu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Peraturan 11 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan tiga perkara utama iaitu penentuan tempat, hari dan waktu; penetapan tarikh oleh ketua atau timbakan ketua majlis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan sesuatu penggal dan perubahan tarikh mesyuarat.

�Walaupun undang-undang atau Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan tentang perkenan Yang di-Pertuan Agong, beberapa proses pentadbiran akan dilalui bagi menyusun perjalanan mesyuarat dan hal berkaitannya.

�Sekiranya diperhatikan dalam amalan ketika keadaan biasa, iaitu keadaan tanpa darurat, amalan menentukan tarikh mula-mula mesyuarat, atau hari pertama mesyuarat serta hari-hari lain, pihak pentadbiran Parlimen, bersama dengan Menteri bertanggungjawab bagi Parlimen menentukan tarikh mesyuarat.

�Setelah itu, tarikh tersebut dibawa untuk perbincangan dan dipersetujui oleh Kabinet dan kemudiannya perkenan Yang di-Pertuan Agong akan diperolehi,� katanya hari ini.

Dr Shamrahayu berkata penentuan tarikh persidangan Parlimen juga melalui proses pentadbiran dan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk keperluan teknikal dan kakitangan bertugas dari Parlimen atau kakitangan kementerian.

Mengenai titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan �segera� atau �secepat mungkin� beliau berkata persoalan utama ialah berhubung tarikh mesyuarat pertama, walaupun mungkin juga berkaitan tarikh-tarikh mesyuarat yang lain.

�Saya melihat kepada perspektif tafsiran frasa yang lebih kurang sama dalam Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan. Perkara Perkara 5(3) menggunakan frasa �seberapa segera� atau dalam Bahasa Inggeris �as soon as may be�.

�Frasa ini pernah ditafsirkan oleh mahkamah. Antara lain, terdapat keputusan kes yang menyatakan tafsiran kepada frasa �as soon as may be� tersebut sebagai:

�The words �as soon as may be� mean, �as nearly as is reasonable in the circumstances of the particular case� � � Aminah v Superintendent of Prison Pengkalan Chepa [1968] 1 MLJ 92,� katanya yang turut memberi beberapa lagi contoh.

Katanya walaupun ada tafsiran sedemikian tidak perlu dilihat kepada frasa �secepat mungkin� dalam bentuk yang terlalu legalistik kerana semua keputusan kes seperti di atas adalah membabitkan hak orang yang ditangkap.

�Titah diraja Yang di-Pertuan Agong tidak semestinya dibahaskan sedemikian rupa. Titah diraja tidaklah terikat dengan pemahaman perundangan semata-mata terutamanya apabila ia berkaitan dengan peringatan atau mesej untuk bacaan umum.

�Dalam konteks keadaan semasa, frasa �secepat mungkin� boleh difahamkan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk memberi penekanan terhadap keperluan semasa untuk menangani kesan pandemik terhadap masyarakat umum tatkala negara dan rakyat dalam keadaan suntuk untuk kembali pulih ke kehidupan pra-pandemik,� katanya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -