Posted by : admin Sunday, June 20, 2021

PETALING JAYA: Seorang pekerja warga Bangladesh yang cedera dalam kejadian perancah besi runtuh di lokasi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam, meninggal dunia, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia pada jam 7 pagi tadi di Wad Kecemasan Hospital Sungai Buloh (HSB)

"Bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat trauma pelbagai dan kegagalan fungsi pelbagai organ akibat serangan jantung.

"Mangsa mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu akibat dihempap perancah besi yang runtuh dan keadaannya dilaporkan kritikal ketika dirawat di HSB, semalam," katanya kepada BH, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 malam itu, dua pekerja warga Bangladesh cedera apabila perancah besi di tapak pembinaan DASH berhampiran susur keluar Kota Damansara, runtuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, semalam dipetik sebagai berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 7.14 malam.

Katanya, kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an sedang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter ketika insiden itu berlaku.

Bagaimanapun tiada orang awam cedera dalam kejadian itu kerana laluan berkenaan ditutup sepenuhnya bagi menjalankan kerja berkenaan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Berita Hangat dan Sensasi Terbaru -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -